Tuesday, February 3, 2009

HobiMengumpulAskar












Ni je yang ada setakat ni. Ada lagi tiga tak diambik gambarnya sebab xde background yang kena. Nanti bila aku jumpa background yg sesuai, aku ambik gambo dorang. Aku akan update lagi bila ada yang baru.

Monday, February 2, 2009

CharlieChaplin


Tanpa ilmu, bolehkah ada rasa untuk menghargai?

Charlie Chaplin, sebelum ini aku tutup mata padanya. Apa bestnya dia? Lawak slapstik je. Konon misai kontot u kelakar la. Konon seluar besar tu kira lawak la? Make up muka jadi putih tu, kira dah habis kelakar la... I don't give a damn pun. Hakikatnya, aku tak pernah layan pun citer die.

But suddenly, awal tahun ni, iaitu pada 1/1/2009, aku dilanda kedemaman yang teruk. Jadi aku merempat di dalam bilik meeting sebuah opis, terbaring dibawah meja. Bosan asyik terbaring, aku on tv yang ada dlm bilik tu. Astro takde. Boleh dapat tv2 je. Layan je lah. Yang ada citer Charlie Chaplin - Modern Times. Dan aku trus terlayan...lalu aku telah mendapat satu pengcahayaan agung dalam bilik tersebut. Shrriinggg!!! Charlie Chaplin sangat talented! Gifted! Walla!

Aku mula mencari semua cerita2 dia. Aku layan semuanya. Tak semua. Ada lagi 2 citer aku miss. Nanti aku cari.

What can I say... Chaplin bukan setakat comedian. Aku tak rasa dia comedian. Sebab cerita2nya sangat touching. Kalo sedih tu sedih gile. Dia bukan setakat mampu buat orang ketawa, tapi big possibility utk menangis. Aku nampak originality dlm karyanya. Lantas aku nampak ketidak originalityan pada karya-karya yang terhasil selepasnya.

Gags dan lawak yang dilakonkan, dibuat dengan serius. Selamba dan tak ada penekanan terhadap lawak tersebut macam lawak Badul tahun 80an dimana setiap lawak cuba didefinekan as lawak oleh pelakonnya dengan membuat muka tersengih atau suara dubbing 'umm..uh..ah...' which is, tak lawak pun kecuali pada penonton2 yang mempunyai keintelligentan yang agak kurang.

Prinsip yang sangat mudah sebenarnya dalam membentuk gags, yang aku lihat menjadi asas kepada bidang animasi awal (animation zaman skang dah tak berapa nak apply prinsip nih walaupun diajar dalam buku2 animation). ANTICIPATION - ACTION - REACTION.

Lawak zaman skang, (aku cerita pasal lawak malaysia, spesifikally lawak melayu), kurang anticipate. Kekadang anticipationnya sangat tak strong. Dan reaction yang tak kill. Membuatkan dia jadi tak lawak. Tambahan lagi, pelawak merasakan diri diorang as pelawak, which 'siapa yang award korang as pelawak kalau kau tak lawak?'

Yang paling penting is ORIGINALITY. Semua orang dah menonton dan tengok bermacam-macam lawak, apakah korang yang 'pelawak' ni nak ulang balik lawak-lawak yang ada? Boriingg...

Ok, back to Chaplin. Disebabkan prinsip lawaknya sangat strong, jadi ia pastinya akan menjadi lawak. Tapi kalau korang menonton film2nya, sebenarnya bukan lawak yang dihidangkan as main course. Ia banyak berkisar kehidupan, kesusahan, percintaan yang kebanyakannya berjaya touch hati penonton walaupun penonton yang ini (aku la) berada 80 tahun jauh dari zamannya.

Bukannya mcm zaman skang punyer citer, konon komedi, tapi tak lawak pun. Dah la tak lawak, pengisian cerita pun kurang. Moral tah apa-apa, kekadang tak sampai pun. But anyway, apa gunanya perkataan 'gifted' atau 'talented' kalau semua yang kononnya pelawak tu mampu membuat lawak. Dah tak berapa 'talented' la Chaplin tu nanti.

Anyway, bagi aku Chaplin sama macam allahyarham P.Ramlee. Cuma Chaplin mungkin lebih hebat sebab mampu berlakon dalam keadaan takde suara ketika era silent, while P.Ramlee, kesemua ceritanya bersuara. Dan bila menonton Chaplin, ada kalanya aku terserempak dengan idea dimana membuat aku teringat lalu terpikir bahawa P.Ramlee juga kemungkinan besar menjadikan Chaplin sebagai referencenya. Tak kisah lah.

Apapun, lebih jauh kita pergi ke belakang, lebih banyak kita kenal tentang diri kita. Aku berharap dapat pergi lebih jauh ke belakang.

Sunday, February 1, 2009

AkuTortugaman

First entry nih, biar aku introduce diri aku. Aku Tortugaman. Ikut korang la nak pronounce frasa 'man' tu macam 'Superman' ataupun 'Suparman'. Aku tak kisah. Tapi, tu la nama aku. Nama betul, aku taknak bagitau. Tak penting pun. Bak kata Aristotle, bagi je la apa nama pun, takde beza.

Aku seorang homeless. Perkataan lainnya, 'takde umah'. Bukan takde kat umah, tapi memang takde umah. Secara materi dan tangiblenya, umah tu takde. Tak wujud sama sekali. Mesti korang pelik camne aku berlindung dari ujan dan panas. Zaman sekarang ni bumbung merata-rata. Bukan cam zaman dulu, kena dok bawah pokok. Zaman yang advance sket, dok bawah jambatan. Tapi ni zaman sekarang, tempat mana yang tak berbumbung? Hum.. Ada je sebenarnya. Padang bola dan jalanraya takde bumbung. Tapi apa jadahnya aku nak dok kat jalanraya. Kang kena langgar kete, aku gak yang susah. Dah la hidup sebatang kara. Life insurans pun takde.

Kerja aku sehari-hari cuma duduk berfikir, berfalsafah dalam hati sorang-sorang. Tak mendatangkan apa-apa income. Tapi aku boleh idup lagi sampai skang. Kesimpulannya, bukan duit yang membuatkan aku idup. Tapi ada kuasa lain yang meneruskan idup aku. Aku berterima kasihlah kat kuasa tu.

So skang ni aku dah ada laptop. Jadi bidang keje aku dah expand sket. Duduk berfikir - berfalsafah dalam hati - dan tugas aku yang terbaru, mengthrow segala yang ada tu ke dalam blog nih.

So, memandangkan aku ni homeless dan sebatang kara, aku sangat appreciate lah kalau korang nak folow blog nih. Tak lah sebatang kara sangat nanti rasanya. Anyway, aku isytiharkan blog ni sebagai umah aku! Yea. At last aku ada 'umah'.